PART 3

MENGENALI DAN MENGENDALI METATRADER

Wednesday, April 22, 2009

PENDAHULUAN


Software MetaTrader adalah software yang digunakan untuk berdagang sama ada dagangan forex, saham ataupun komoditi, tetapi software MetaTrader kebanyakannya digunakan di Forex
Trading. Software MetaTrader dapat gunakan di PC, Laptop mahupun di PDA, dan
saya sarankan penggunaan MetaTrader digunakan di sistem operasi Windows kerana ia lebih mudah dan mesra pengguna.

MetaTrader mempunyai kemudahan yang menggunakan bandwidth. Ini membolehkan Metatrader (MT4) ini dapat berjalan dengan lancar walaupun sambungan internet sangat minimum.

Disamping itu software MetaTrader ini juga dapat dijalankan secara serentak di skrin yang berbeza ataupun multi windows (multi account dan dapat double login) selain ia sangat fleksibel dan mesra pengguna.

Kelebihan yang paling bagus dari software MetaTrader ini aitu dia dapat ditambahkan
suatu script yang dimana kita boleh membuat program sendiri dan digunakan untuk Automatic
Trading (EA – Expert Advisor) yang boleh berjalan sendiri sesuai dengan senario pasaran.
Untuk hal ini anda harus menguasai teknik bahasa programing C++. Ia ibarat satu Robot Trading yang berjalan secara automatik sesuai dengan program kita.

Dalam bahagian ini kita akan mempelajari cara mengendalikan platform dagangan metatrader ini secara ringkas agar anda dapat melakukan urusniaga yang betul serta mahir menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

No comments:

Post a Comment