PART 3

MENGENALI DAN MENGENDALI METATRADER

Saturday, April 25, 2009

PAPARAN UTAMA METATRADER (MT4)




Metatrader mempunyai beberapa paparan utama, iaitu:



1 - Paparan Market Watch ( Ctrl M) yang berguna untuk melihat kedudukan harga terkini (Bid/Ask). Di paparan ini juga anda boleh mengatur kolum-kolum seperti menambah kolum Time, High-Low, Simbol-simbol, dan sebagainya dengan hanya klik kanan.



2 - Paparan Navigator (Ctrl N) iaitu paparan yang terletak di bawah paparan Market Watch yang mana mengandungi data-data anda serta skrip-skrip/ EA anda.



3 - Paparan Chart iaitu paparan yang mengandungi grafik carta pergerakan matawang.



4 - Paparan Terminal (Ctrl T) iaitu yang terletak di bahagian paling bawah.



Di paparan Terminal pula terdapat sub menu seperti:

  • Journal - untuk informasi perjalanan sistem

  • Mailbox - untuk membaca kiriman dan pesanan penting dari admin seperti maklumat perubahan sistem, hari cuti, serta data Log In akaun demo anda.
  • Alerts - membunyikan alarm kepada anda apabila menyentuh posisi harga yang anda set kan sebelum ini.
  • News - berita-berita market ( mesti diaktifkan dahulu di menu Option -> Server [Ctrl O])
  • Account History - untuk melihat catatan urusniaga anda yang telah lepas.
  • Trade - untuk posisi order terkini anda samaada transaction yang sedang berjalan atau sedang di 'pending'.

Di menu TRADE pula terdapat beberapa perkara yang harus difahami iaitu:
  • Balance - Merupakan jumlah keseluruhan Modal kasar anda tanpa ditolak apa-apa potongan.
  • Equity - Jumlah modal anda setelah di tambah dengan keuntungan urusniaga.
  • Margin - Jumlah margin yang diperlukan untuk melakukan transaksi yang sedang berjalan.
  • Free Margin - Jumlah modal anda setelah ditolak dengan margin, serta di tambah dengan keuntungan transaksi yang sedang berjalan.
  • Margin Level - Peratusan margin yang tinggal berbanding Balance anda.
  • Profit - Jumlah terkini keuntungan transaksi anda. Jika Transaksi anda mengalami kerugian, jumlah profit akan di tulis dalam sebutan negatif.
5 - Signal bar status server - Menunjukkan status signal sambungan internet anda. Apabila tidak dapat disambungkan, pastikan sambungan internet anda lancar dan tidak terhalang oleh firewall yang menghalang akses metatrader ini.

No comments:

Post a Comment