PART 3

MENGENALI DAN MENGENDALI METATRADER

Monday, April 27, 2009

CARA MELAKUKAN ORDER - INSTANT


Anda boleh melakukan order/ mengubahnya semasa market open sahaja. Anda tidak boleh membuat order atau mengubah order pada hari-hari market tutup.


Untuk melakukan perintah order ini, anda boleh lakukan dengan menekan F9, atau dengan 'klik kanan kolum matawang di bahagian Market Watch lalu New Order, atau boleh juga terus menekan ikon New Order di bahagian atas platform. Setelah itu akan muncul paparan seperti di bawah.

Symbol : merupakan simbol kepada pasangan matawang tersebut. Pastikan anda melihat dahulu symbol ini sebelum membuat order kerana seringkali trader melakukan kesilapan dengan tidak melihat simbol ini dan terus melakukan order sedangkan symbol ini menunjukkan jenis matawang lain.
Volume : merupakan saiz lot yang anda kehendaki untuk melakukan order. dalam akaun standart, volume 1.00 adalah bernilai usd10 untuk setiap pips, manakala dalam akaun mikro, volume 1.00 adalah mewakili usd1 untuk setiap pips. PAstikan anda menaip atau memilih saiz yang betul sebelum melakukan trade anda.
Stop Loss : Merupakan paras kerugian maksimum yang mampu ditanggung oleh trader untuk transaksi tersebut. Nilainya boleh di letakkan terus semasa membuat order, atau diletakkan kemudia setelah order berjaya di lakukan.
Take Profit : Merupakan Target Profit yang ditetapkan untuk transaksi tersebut. Boleh disetkan terus atau di setkan kemudian.
Comment : Boleh digunakan apabila anda ingin membuat catatan kecil untuk posisi order anda.
Type : Anda boleh memilih untuk melakukan order serta merta (instant) atau tempahan (pending)
Ikon SELL & BUY : Pilihan anda untuk membuat order SELL atau BUY bagi transaksi berikut. SELL & BUY ini adalah untuk instant order (harga sekarang) sahaja. Apabila anda memilih untuk BUY, maka transaksi anda akan dilaksanakan pada harga Ask, sedangkan SELL untuk harga Bid.
Maximum Deviation : batasan tolak ansur slippage bila harga tiba-tiba melompat maka sejauh mana jarak dari harga yang melompat tersebut yang boleh anda pertimbangkan untuk laksanakan order anda. (default = 0)

2 comments:

  1. bro mcm mane nak wat akaun mikro
    email i leh x

    shuk002@gmail.com

    ReplyDelete
  2. betanya tuan klau sekiranya mau trade tapi no price yg akan di target atu berubah2 mcna kitani kan enter tu no price atu t ksh tuan atas penjelasanya

    ReplyDelete