PART 3

MENGENALI DAN MENGENDALI METATRADER

Monday, April 27, 2009

CARA MELAKUKAN ORDER - PENDING

Untuk melakukan Pending Order, anda perlu memilih di kolum Type -> Pending Order. Seperti rajah di bawah:










Setelah itu papan order akan berubah seperti di bawah, di mana anda boleh memilih jenis tempahan anda.


Di kolum Type akan tertera 4 jenis Pending Order (PO) iaitu BUY LIMIT, SELL LIMIT, BUY STOP dan SELL STOP.



Buy Limit: Iaitu memasang order Buy dengan harga dibawah harga running
sekarang, dengan harapan jika harga yang sedang turun tersebut dapat bergerak
naik lagi dari titik posisi harga Pending Buy Limit tersebut untuk mendapatkan
profit



- Buy Stop: Iaitu memasang order Buy dengan harga diatas harga running
sekarang, dengan harapan jika harga bergerak naik lagi dari titik posisi harga
pending Buy Stop tersebut maka anda akan mendapatkan profit



- Sell Limit: Iaitu memasang order Sell dengan harga diatas harga running
sekarang, dengan harapan jika harga yang sedang naik tersebut dapat bergerak
turun lagi dari titik posisi harga Pending Sell Limit tersebut supaya profit



- Sell Stop: Iaitu memasang order Sell dengan harga dibawah harga running
sekarang, dengan harapan jika harga bergerak turun lagi dari titik posisi harga
pending Sell Stop tersebut maka anda akan mendapatkan profit



Setelah menetapkan jenis PO yang anda kehendaki, maka letakkan paras harga di kolum At Price yang anda kehendaki pula. Selepas itu anda boleh menekan button PLACE untuk meletakkan Order anda tersebut ke platform dagangan anda.


Kolum Expiry pula merupakan fungsi yang membatalkan order anda sekiranya PO anda tidak mengenai harga yang anda set kan sehingga waktu-waktu tertentu yang anda kehendaki. Contohnya anda memasang tempoh 2 hari, maka selepas habis tempoh 2 hari tersebut, PO anda masih tidak mengena, maka PO tersebut akan dibatalkan secara automatik.


CATATAN.


Di papan order anda selalunya tertulis perkataan ' Open Price........at least x pips'. Ini bermakna, jika anda ingin membuat PO, maka harga PO anda mestilah pada jarak x pips dari harga sekarang. Jarak ini ditentukan oleh broker. Makin sedikit jarak yang dikenakan, adalah lebih bagus. IKOfx meletakkan jarak 3 pips sahaja. Jarak terkecil yang pernah saya temui antara broker-broker yang saya pernah saya gunakan.


Setelah anda menempatkan PO anda tadi, maka PO anda akan terpapar di terminal, seperti rajah di bawah.


Dapat di lihat di rajah di atas tertera di kolum trade mengenai status order anda serta PO anda.

Baris di atas Balance, adalah order/transaksi yang sedang berjalan, manakala di bahagian bawah adalah PO yang masih belum terlaksana.

Anda boleh melakukan banyak PO dalam satu-satu masa tetapi jika wang anda tidak mencukupi untuk dijadikan margin, PO ini akan dibatalkan sewaktu harga running mencecah harga PO tersebut.

Anda sebenarnya boleh mengubah/modify order-order yang masih pending ini. Pelajaran ini akan di ajar di bahagian seterusnya.


CARA MELAKUKAN ORDER - INSTANT


Anda boleh melakukan order/ mengubahnya semasa market open sahaja. Anda tidak boleh membuat order atau mengubah order pada hari-hari market tutup.


Untuk melakukan perintah order ini, anda boleh lakukan dengan menekan F9, atau dengan 'klik kanan kolum matawang di bahagian Market Watch lalu New Order, atau boleh juga terus menekan ikon New Order di bahagian atas platform. Setelah itu akan muncul paparan seperti di bawah.

Symbol : merupakan simbol kepada pasangan matawang tersebut. Pastikan anda melihat dahulu symbol ini sebelum membuat order kerana seringkali trader melakukan kesilapan dengan tidak melihat simbol ini dan terus melakukan order sedangkan symbol ini menunjukkan jenis matawang lain.
Volume : merupakan saiz lot yang anda kehendaki untuk melakukan order. dalam akaun standart, volume 1.00 adalah bernilai usd10 untuk setiap pips, manakala dalam akaun mikro, volume 1.00 adalah mewakili usd1 untuk setiap pips. PAstikan anda menaip atau memilih saiz yang betul sebelum melakukan trade anda.
Stop Loss : Merupakan paras kerugian maksimum yang mampu ditanggung oleh trader untuk transaksi tersebut. Nilainya boleh di letakkan terus semasa membuat order, atau diletakkan kemudia setelah order berjaya di lakukan.
Take Profit : Merupakan Target Profit yang ditetapkan untuk transaksi tersebut. Boleh disetkan terus atau di setkan kemudian.
Comment : Boleh digunakan apabila anda ingin membuat catatan kecil untuk posisi order anda.
Type : Anda boleh memilih untuk melakukan order serta merta (instant) atau tempahan (pending)
Ikon SELL & BUY : Pilihan anda untuk membuat order SELL atau BUY bagi transaksi berikut. SELL & BUY ini adalah untuk instant order (harga sekarang) sahaja. Apabila anda memilih untuk BUY, maka transaksi anda akan dilaksanakan pada harga Ask, sedangkan SELL untuk harga Bid.
Maximum Deviation : batasan tolak ansur slippage bila harga tiba-tiba melompat maka sejauh mana jarak dari harga yang melompat tersebut yang boleh anda pertimbangkan untuk laksanakan order anda. (default = 0)

Sunday, April 26, 2009

CARA MENAMPILKAN CARTA GRAFIK


Untuk menampilkan carta grafik bagi satu-satu pair matawang, anda hanya perlu klik kanan pada market watch, iaitu pada pair matawang yang anda kehendaki. Kemudian pilih ' Chart Window' seperti rajah di bawah.




Sebenarnya anda juga boleh mengatur carta anda mengikut keselesaan anda sendiri seperti menukar ke paparan carta Candle Stick, mengubah Time Period/Time Frame, menambah dan membuang Indikator dan sebagainya.
Cara untuk melakukan pengaturan di atas iaitu dengan menekan ikon-ikon di bahagian atas carta.


Seperti rajah di bawah, cara menggunakan ikon di platform.
Dengan menggunakan IKON, anda boleh juga menggunakan dua kaedah iaitu dengan terus memilih ikon yang telah terpapar di bahagian atas, ataupun dengan menekan butang INSERT terlebih dahulu, kemudian memilih menu-menu untuk penukaran dan penambahan alat-alat dalam carta anda.
Untuk melihat carta anda dalam FULL SCREEN, anda hanya perlu menekan F11.

Saturday, April 25, 2009

PAPARAN UTAMA METATRADER (MT4)




Metatrader mempunyai beberapa paparan utama, iaitu:



1 - Paparan Market Watch ( Ctrl M) yang berguna untuk melihat kedudukan harga terkini (Bid/Ask). Di paparan ini juga anda boleh mengatur kolum-kolum seperti menambah kolum Time, High-Low, Simbol-simbol, dan sebagainya dengan hanya klik kanan.



2 - Paparan Navigator (Ctrl N) iaitu paparan yang terletak di bawah paparan Market Watch yang mana mengandungi data-data anda serta skrip-skrip/ EA anda.



3 - Paparan Chart iaitu paparan yang mengandungi grafik carta pergerakan matawang.



4 - Paparan Terminal (Ctrl T) iaitu yang terletak di bahagian paling bawah.



Di paparan Terminal pula terdapat sub menu seperti:

  • Journal - untuk informasi perjalanan sistem

  • Mailbox - untuk membaca kiriman dan pesanan penting dari admin seperti maklumat perubahan sistem, hari cuti, serta data Log In akaun demo anda.
  • Alerts - membunyikan alarm kepada anda apabila menyentuh posisi harga yang anda set kan sebelum ini.
  • News - berita-berita market ( mesti diaktifkan dahulu di menu Option -> Server [Ctrl O])
  • Account History - untuk melihat catatan urusniaga anda yang telah lepas.
  • Trade - untuk posisi order terkini anda samaada transaction yang sedang berjalan atau sedang di 'pending'.

Di menu TRADE pula terdapat beberapa perkara yang harus difahami iaitu:
  • Balance - Merupakan jumlah keseluruhan Modal kasar anda tanpa ditolak apa-apa potongan.
  • Equity - Jumlah modal anda setelah di tambah dengan keuntungan urusniaga.
  • Margin - Jumlah margin yang diperlukan untuk melakukan transaksi yang sedang berjalan.
  • Free Margin - Jumlah modal anda setelah ditolak dengan margin, serta di tambah dengan keuntungan transaksi yang sedang berjalan.
  • Margin Level - Peratusan margin yang tinggal berbanding Balance anda.
  • Profit - Jumlah terkini keuntungan transaksi anda. Jika Transaksi anda mengalami kerugian, jumlah profit akan di tulis dalam sebutan negatif.
5 - Signal bar status server - Menunjukkan status signal sambungan internet anda. Apabila tidak dapat disambungkan, pastikan sambungan internet anda lancar dan tidak terhalang oleh firewall yang menghalang akses metatrader ini.

Friday, April 24, 2009

CARA MENGUBAH PASSWORD



Untuk menukar password, anda hanya perlu menekan Ctrl O ( Ctrl + huruf O) sehingga terpapar gambar seperti di bawah.





Pilih menu 'SERVER' kemudian pastikan konfigurasi dari alamat server -IKO FX(jangan taip apa-apa) dan nombor LOG IN adalah betul.


Kemudian Klik CHANGE.


Setelah itu akan terpapar menu seperti di bawah.


Masukkan master password anda seperti yang diberikan oleh broker di ruangan 'Current Password'

Tandakan di bahagian 'Change master password'.

Anda juga boleh menukar Investor Password (jika anda mempunyai investor). JANGAN TERSALAH TUKAR!!

Kemudian masukkan Password yang baru, di ruangan New Password dan juga di ruangan 'Confirm' sebagai pengesahan. (password mestilah terdiri daripada ANGKA dan HURUF dan bilangan minimum yang dicadangkan adalah 6 karakter.

Setelah itu, Klik pada butang OK dan tunggu sehingga perubahan password anda disahkan berjaya.

Thursday, April 23, 2009

CARA LOG IN KE AKAUN LIVE

Untuk mengubah server ke LIVE ACCOUNT, anda harus mengikuti langkah-langkah berikut.

Step 1:
Klik menu 'FILE' di penjuru kiri atas platform lalu pilih 'LOG IN'.

Step 2:


Masukkan nombor LOG IN/ No akaun Trading anda serta passwordnya. Kedua-dua data ini akan diberikan kepada anda melalui emel setelah anda mendaftar akaun real dengan broker. Pastikan anda tidak tersalah memasukkan data password. UNtuk memastikan anda tidak tersalah memasukkan password, adalah lebih baik anda COPY & PASTE sahaja dari e mail anda. No akaun untuk LIVE adalah berbeza dengan no akaun trading DEMO.


Selepas memasukkan data, pilih server REAL dan seterusnya klik LOG IN.
Tunggu beberapa ketika untuk proses loading dilakukan.
Setelah selesai, maka di bahagian atas platform, tiada lagi tertera perkataan 'DEMO ACCOUNT' dan ini bermakna akaun tersebut telah berjaya di akses, dan anda boleh memulakan trading anda secara LIVE.

Wednesday, April 22, 2009

OPEN AKAUN DEMO

MENUBUHKAN AKAUN DEMO KALI PERTAMA

Untuk menubuhkan akaun DEMO, anda hanya perlu mengisikan ruangan yang terpapar di skrin komputer anda ketika pertama kali meng'install' platform metatrader.





Anda boleh menukarkan Leverage dan jumlah deposit mengikut pilihan anda. Di bahagian deposit, anda boleh memilih jumlah yang tersedia atau menaip sendiri jumlah yang anda mahukan. Selepas itu, tandakan pada kotak ' I Agree...." dan seterusnya klik NEXT.

Selepas memilih server DEMO, klik NEXT.
Paparan ini menunjukkan permintaan akaun demo anda sedang diproses. Klik FINISH sekiranya data akaun demo seperti nombor LOG IN, PASSWORD, serta INVESTOR PASSWORD telah tertera. (pastikan sambungan internet anda sempurna dan tidak terganggu).
Data yang diberikan hanyalah untuk akaun DEMO, bukan akaun LIVE.
CATATAN UNTUK AKAUN DEMO

Catatan NOMBOR LOG IN dan juga DEMO ACCOUNT akan tertera di bahagian atas platform menandakan ia adalah akaun DEMO.

MENUBUHKAN AKAUN DEMO (berulang kali)

Untuk menubuhkan akaun DEMO ulangan iaitu bukan kali pertama, anda hanya perlu klik pada ikon 'FILE' di sebelah kiri atas platform Metatrader. Kemudian pilih 'OPEN AN ACCOUNT'

Proses seterusnya adalah sama sahaja dengan penubuhan akaun DEMO kali pertama.

Sekarang anda telah mempunyai akaun DEMO FOREX anda sendiri. Anda boleh membuat latihan trading sehingga anda mahir sebelum memulakan trading di akaun LIVE.

CARA MUAT TURUN METATRADER

Terlebih dahulu anda perlu download dan install software ini dari broker anda ke komputer anda.

KLIK UNTUK DOWNLOAD:

Setelah itu anda akan di bawa ke website rasmi broker.


Klik pada butang 'DOWNLOAD NOW'

Klik 'RUN'

Klik 'NEXT'


Klik ' NEXT'



Tandakan pada kotak kecil di sebelah kiri, kemudian klik 'NEXT'

Klik NEXT. Anda boleh mengubah nama file ini mengikut yang anda kehendaki. Contohnya Metatrader-gadiss. atau sebagainya yang anda suka.

Anda kini bersedia untuk meng'install' MT4 di komputer anda. Klik NEXT.

Ini adalah proses meng'install'. Biarkan sahaja ia memproses.


Klik FINISH dan kini platform Metatrader anda telah siap di install kan ke komputer peribadi anda.


Setelah selesai proses instalation, platform anda akan terpapar di skrin. Borang yang terpapar adalah borang untuk membuka akaun demo. sekiranya anda masih baru dengan dunia forex, eloklah anda mencuba dulu dengan akaun demo.

Tetapi sekiranya anda telah membuka akaun LIVE, maka anda hanya perlu memangkah borang ini dan LOG IN ke akaun LIVE anda.

Cara LOG IN ke akaun LIVE ini akan di ajar di bahagian akan datang.

PENDAHULUAN


Software MetaTrader adalah software yang digunakan untuk berdagang sama ada dagangan forex, saham ataupun komoditi, tetapi software MetaTrader kebanyakannya digunakan di Forex
Trading. Software MetaTrader dapat gunakan di PC, Laptop mahupun di PDA, dan
saya sarankan penggunaan MetaTrader digunakan di sistem operasi Windows kerana ia lebih mudah dan mesra pengguna.

MetaTrader mempunyai kemudahan yang menggunakan bandwidth. Ini membolehkan Metatrader (MT4) ini dapat berjalan dengan lancar walaupun sambungan internet sangat minimum.

Disamping itu software MetaTrader ini juga dapat dijalankan secara serentak di skrin yang berbeza ataupun multi windows (multi account dan dapat double login) selain ia sangat fleksibel dan mesra pengguna.

Kelebihan yang paling bagus dari software MetaTrader ini aitu dia dapat ditambahkan
suatu script yang dimana kita boleh membuat program sendiri dan digunakan untuk Automatic
Trading (EA – Expert Advisor) yang boleh berjalan sendiri sesuai dengan senario pasaran.
Untuk hal ini anda harus menguasai teknik bahasa programing C++. Ia ibarat satu Robot Trading yang berjalan secara automatik sesuai dengan program kita.

Dalam bahagian ini kita akan mempelajari cara mengendalikan platform dagangan metatrader ini secara ringkas agar anda dapat melakukan urusniaga yang betul serta mahir menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.